30 Jun 2022 , Khamis
Pertandingan Masterchef
Bagi pertandingan ini, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Di mana, setiap kumpulan akan
dibimbing oleh seorang guru dan seorang PPM.
Murid perlu menyediakan menu sandwich telur dan air teh lemon serta menghidangkannya. Dekorasi hidangan adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
Pertandingan ini berlangsung di dewan PPKI.
Hanya bahan masakan sahaja disediakan. Antara bahan masakan yang disediakan ialah...
1. Roti
2. Mayonis
3. Lada sulah
4. Garam
5. Timun (siap dicuci)
6. Salad (siap dicuci)
7. Telur rebus
8. Teh uncang
9. Gula
10. Lemon
Manakala peralatan memasak dan peralatan menghidang pula perlu disediakan oleh kumpulan itu sendiri. Setip kumpulan bebas untuk membawa bahan lain yang sesuai untuk tujuan dekorasi.
Juri dalam pertandingan ini ialah Cikgu Jai (PK Pend Khas), Cikgu Azlina dan Puan Norazlina.
Penerangan tentang bahan dan cara penyediaan sandwich telur oleh Cikgu Shahina Ashikeen |
Memastikan kuku pendek dan bersih |
Agihan sarung tangan plastik dan apron |
KUMPULAN 1 |
KUMPULAN 2 |
KUMPULAN 3 |
Sesi memanaskan badan dan pembahagian kumpulan oleh Cikgu Nanthamalar |