Wednesday, 1 December 2021

PROJEK PERJUANGAN KASIH CHEESEKUT NESTUM

             Projek ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid  Pendidikan Khas. Penglibatan murid-murid dapat memberi peluang kepada mereka menonjolkan bakat dan kemahiran. Di samping itu, Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Mambau ingin membudayakan keusahawanan dalam kalangan murid-murid Pendidikan Khas. Diharapkan program ini mampu melahirkan murid-murid  yang berdikari dan memiliki kemahiran untuk aplikasikan dalam kehidupan mereka pada masa akan datang. Aktiviti ini juga diharap dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan proses mengingatkan di kalangan murid PPKI. DI samping itu, menjadi harapan bagi guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid(PPM) agar aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara guru, PPM dan murid. 














































No comments:

Post a Comment