PROGRAM AMBANG MERDEKA PPKI SMK MAMBAU 2021
Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada
setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu
penjajahan. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang disambut secara
besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai
kemerdekaan dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta negara ini. Pada 31 Ogos ini, negara kita
akan menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-64. Manakala pada 16
September pula adalah Hari Malaysia.
Meskipun negara masih dalam pandemik Covid-19, namun ia tidak menghalang
agar sambutan bulan kebangsaan yang diadakan di peringkat sekolah ini adalah
satu usaha untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa
sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang
telah kita capai pada hari ini. Oleh yang demikian, Program Pendidikan Khas
Integrasi SMK Mambau menganjurkan beberapa aktiviti sepanjang Program Ambang
Merdeka. Program ini bertujuan memupuk
semangat cintakan tanahair, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap
dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas (MBK),
guru-guru dan juga pembantu pengurusan murid.
Awesome!
ReplyDelete