Program Sentuhan Kasih 3M disediakan bagi membantu murid mengatasi masalah keciciran khususnya dalam pembelajaran iaitu kelemahan menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP dan PKPB menyebabkan sekolah terpaksa ditutup pada bulan Mac 2019 sehingga 4 April 2021 telah mengganggu takwim persekolahan. Hal ini telah memberi kesan dan keciciran kepada segelintir MBK (Murid Berkeperluan Khas) apabila rutin di dalam kelas dan aktiviti pembelajaran terganggu dan terpaksa digantikan dengan sesi pembelajaran dalam talian serta pengisian modul bercetak. Kegagalan MBK menguasai 3M akan menyebabkan mereka menghadapi masalah sewaktu mengikuti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di kelas.
Program ini dijalankan bagi
membantu meningkatkan pencapaian MBK dalam kemahiran membaca, menulis dan
mengira. Selain itu, Program Sentuhan Kasih 3M 2021 ini
dapat memberi tumpuan yang maksima kepada golongan MBK yang tercicir dengan
penguasaan 3M. Pelaksanaan program ini dapat menyuntik motivasi dan keyakinan
diri dalam kalangan MBK PPKI SMK Mambau.
MEMBACA
MARI MENGIRA
MENULIS
No comments:
Post a Comment