Tuesday 1 December 2020

LAMAN REFLEKSOLOGI

 

Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah memastikan Murid Berkeperluan Khas diberi peluang mendapat akses kepada Pendidikan yang sesuai dan relevan. Sehubungan dengan itu, KPM melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas telah memperkenalkan matapelajaran kemahiran Vokasional Spesifik iaitu Refleksologi. Di SMK Mambau, MBK kelas KSSM Bijak mempelajari refleksologi sejak tahun 2017.  Pendedahan ini dapat membantu MBK untuk menjadikan urutan refleksologi sebagai salah satu pilihan bidang kerjaya dan mampu berjaya dengan cemerlang seperti pelajar-pelajar arus perdana.

Projek Laman Refleksologi yang dibina dengan menyediakan laluan menggunakan penyusunan batu-batu juga merupakan kesinambungan kepada bilik refleksologi.  Berjalan di sekeliling laman Refleksologi  atau berpijak-pijak setempat adalah alernatif yang sesuai untuk menggantikan kaedah urutan yang dapat membantu dan menyokong kaedah urutan.

Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek penting dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek ini dijalankan dengan tujuan menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria dan selamat serta pratikal.






































































No comments:

Post a Comment