Sunday 16 August 2020

PROGRAM e-SPORTS TOURNAMENT 2020

PPKI SMK Mambau telah menghantar 5 orang Ahli Pengakap (satu pasukan) untuk menyertai e-Sports Tournament Permainan Mobile Legends Kategori Terbuka Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Sembilan. Program ini berlangsung di SMK Mambau. Semua perlawanan diadakan secara atas talian (Online Mode).

Pasukan The Legends (PPKI SMK Mambau) terlibat dalam perlawanan semasa Round 2 Jam 10.00 pagi. Perlawanan bermula jam 10.00 pagi selepas Marshall memberitahu siapa pihak lawan. Pasukan PPKI SMK Mambau (THE LEGENDS) berlawan dengan Team STED. Perlawanan tamat pada jam 10.35 pagi apabila The Legends kalah di tangan Team Sted.

Walau bagaimana pun diharapkan penyertaan julung kalinya dalam pertandingan e-Sports ini membetuk memberi pengalaman yang berharga buat anak-anak PPKI SMK Mambau dan menjadi pembakar semangat mereka untuk memperbaiki kelemahan diri bagi persediaan untuk menghadapi pertandingan di masa akan datang.

Pelajar Yang Terlibat

Muhammad Zul Aizad Bin Othman (Kapten)

Muhammad Norizwan Bin Ramli

Muhammad Syafiq Hakim Bin Mohamad Hanifah

Nurul Shahirah Atiqah Binti Mohd Nizam

Fatin Alyaa Binti Mohd Nizar 







No comments:

Post a Comment