Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Mambauku Ceria. Alhamdulillah virus Covid 19 di Malaysia telah hampir berkurangan, sama-sama kita berdoa agar Malaysia bebas dari virus Covid 19 ini. Setelah hampir lima bulan pelajar PPKI SMK Mambau direhat kan di rumah masing-masing, pada 15 Julai 2020 ini akan bermula sesi persekolahan seperti biasa mengikut SOP yang telah di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum pembukaan PPKI SMK Mambau dibuka, pihak pengurusan PPKI SMK Mambau mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga untuk mendengar Taklimat Pembukaan Semula Sekolah Pendidikan Khas & PPKI. Ibu bapa /penjaga juga perlu mengisi Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan Murid Berkeperluan Khas sebelum pembukaan persekolahan. Pada hari ini ibu bapa / penjaga memberikan kerjasama yang baik untuk hadir bagi mendengar taklimat oleh pihak pengurusan PPKI.
Ucaptama Taklimat Pra Pembukaan Sekolah PPKI SMK Mambau Oleh Pengetua Pn Hjh Salwati binti Setia
AJK persiapan tempat menyusun atur kerusi untuk ibu bapa / penjaga mengikut SOP yang ditetapkan dengan mengikut penjarakan 1 meter
AJK Makanan membungkus kuih-kuih dan air untuk diberi kepada ibu bapa / penjaga
AJK Catat Kehadiran mengambil suhu badan dan memintaibu bapa / penjaga mengisi buku maklumat pelawat
AJK Pendaftaran mengambil kehadiran ibu bapa / penjaga
Ucapan pengacara majlis oleh En Azean Abdullah
Sepatah dua kata dari Pn. Pengetua SMK Mambau Pn. Hjh Salwati Setia
Taklimat pembukaan semula Sekolah Pendidikan Khas & PPKI oleh Setiausaha HEM PPKI SMK Mambau Pn Margaret Ann Ratnam
Ibu bapa / penjaga begitu kusyuk mendengar taklimat yang diberikan
Sesi Soal Jawab dikendalikan oleh Setiausaha Pentadbiran PPKI SMK Mambau Pn Malini Md Zaki
Ibu bapa / penjaga menghantar Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan Murid Berkeperluan Khas setelah selesai taklimat
Taklimat ini berakhir pada jam 11.30pagi
No comments:
Post a Comment