Friday 3 November 2017

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KUNJUNGAN SISWA BERPRESTASI DAN PEMBIMBING DARI KABUPATEN TANAH DATAR, PROPINSI SUMATERA BARAT, INDONESIA KE SMK MAMBAU...


2 NOVEMBER 2017

Pada hari ini,  suasana di SMK Mambau sangat meriah. Pelbagai 
aktiviti diadakan seperti permainan tradisional, memasak makanan tradisional, persembahan silat dan wushu, persembahan tarian, pameran, persembahan daripada team skyrunner SMK Mambau dan pelbagai lagi. Ini semua diadakan kerana SMK Mambau menerima kunjungan daripada siswa dan pembimbing dari Sumatera Barat.

PPKI SMK Mambau telah terlibat dalam aktiviti pameran sempena kunjungan  ini. Pameran PPKI ini diadakan di terminal ilmu sekolah.  Antara barangan yang dipamerkan ialah hasil kraftangan murid-murid PPKI seperti tudung saji berhias, bakul rotan, bunga dari bahan terbuang, bunga telor, alas kaki, dan batik. Pada masa yang sama, 4 orang murid PPKI terlibat dengan demonstrasi menganyam tudung saji, membuat alas kaki dan mewarna batik dalam pameran tersebut. Mereka ialah :

Rumitthira A/P Veeramany
Nurul Farhana Binti Joy Dzulkarnain
Muhammad Syafiq Bin Mazlan
Vinckneswara Rao A/L Radhakrishnan

Penolong kanan PPKI SMK Mambau, En Roslan Bin Ibrahim turut mempamerkan batik yang dihasilkan oleh beliau dalam pameran tersebut. 



























No comments:

Post a Comment