Tuesday 19 September 2017

BENGKEL IKAN KELI FASA 3



18 SEPTEMBER 2017

Pejam celik...pejam celik...dah September ??...Persekolahan semakin sampai ke penghujung...Namun aktiviti dan program PPKI SMK Mambau tetap berterusan sepanjang tahun.

Bengkel ini diketuai oleh En Muharam Bin Zainuddin selaku ketua projek ikan keli dan dibantu oleh Cik Siti Noroni Omar dan Puan Norhayati Mohd Salimin.

Antara murid yang terlibat ialah :

SEMUA MURID KELAS PPKI BIJAK
NORSHAMSINAR BT ABDUL SHATTAR
KIRTHANA A/P SIVASANGER
MOHD HAFIZ BIN MUSLIM
SAREENAL BEEVI BT ABD GHANI

RUMITHIRA A/P VEERAMANY


Bengkel ini bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 1.00 tengahari



Setiap murid dibahagikan kepada beberapa seksyen untuk memproses ikan keli iaitu :

1.       Mengeringkan tangki dan menangkap ikan keli.
2.       Menimbang ikut berat yang dikehendaki oleh pelanggan.
3.       Melemahkan ikan keli dengan mencampurkannya dengan garam.
4.       Memotong hujung kepala dan sirip.
5.       Membelah dan mengeluarkan isi perut ikan keli.
6.       Membersihkan ikan keli.
7.       Pembungkusan untuk dijual kepada pelanggan yang telah menempah.


Sebanyak 7kg ikan keli diproses dan dijual kepada guru-guru yang telah membuat tempahan.

Ribuan terima kasih kepada semua warga SMKM juga atas sokongan anda semua membeli hasil ternakan ikan keli kami....



Sesi taklimat 

En Muharam Bin Zainuddin selaku ketua projek ikan keli menyampaikan taklimat kepada semua murid yang terlibat.







Membersihkan peralatan.

Ikan keli yang telah siap diproses dan dibungkus untuk dijual kepada pelanggan yang menempah.

No comments:

Post a Comment