Thursday, 28 September 2017

PROGRAM SEHARI BERSAMA KOLEJ KOMUNITI JELEBU

 27 SEPTEMBER 2017

Penyelaras program ini ialah Puan Nanthamalar A/P Supramaniam. Berikut ialah tentatif program pada hari ini :

7.45 pagi :             Taklimat perjalanan program di dewan terbuka SMK Mambau (air dan roti                                                          diedarkan kepada semua murid)
8.20 pagi :              Bergerak ke Kolej Komuniti Jelebu dengan menaiki bas.
9.30 pagi :              Sampai di Kolej Komuniti Jelebu
10.00 pagi :            Program bersama fasilitator Kolej Komuniti. 
12.30 tengah hari :Majlis penutup
1.00 tengah hari  : Makan tengah hari dan solat Zohor
2.15 petang :         Bertolak pulang ke sekolah.
3.15 petang :         Sampai di SMK Mambau

Aktiviti " LATIHAN KHAS PENGHASILAN SPONGE CAKE DAN HIASAN BUTTERCREAM" ini diadakan di Bengkel Bakeri Kolej Komuniti Jelebu. 

Aktiviti bermula dengan pembahagian murid kepada beberapa kumpulan. 

Aktiviti ini dibimbing oleh tenaga pengajar Unit Pengajian Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Jelebu iaitu  Puan Nor Faizah Binti Abu Bakar yang dibantu oleh dua orang tenaga pengajar yang lain.

Taklimat di Dewan Terbuka SMKM


Puan Nor Faizah Binti Abu Bakar (tenaga pengajar Kolej Komuniti )









Demonstrasi membuat cup cake.











Penyediaan buttercream.


































Bersama tenaga pengajar Kolej Komuniti Jelebu.



Alangkah seronoknya anak-anak PPKI dengan aktiviti pada hari ini iaitu membuat cup cake dan lebih seronok lagi apabila cup cake tersebut boleh dibawa pulang..

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Nor Faizah dan team kerana sudi menerima kehadiran kami dan sudi mengajar serta berkongsi ilmu dengan anak-anak PPKI kami.




Tahniah buat Puan Nanthamalar selaku penyelaras program dan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) atas kerjasama kalian dalam menjayakan program ini. 

Tuesday, 26 September 2017

BULAN KEMERDEKAAN

PPKI SMK Mambau turut serta menyambut Bulan Kemerdekaan bermula dari 7 Ogos 2017 sehingga 25 September 2017. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :-

  • Perasmian Bulan Kemerdekaan - Nyanyian Lagu Kemerdekaan
  • Pertandingan Mewarna Poster dan membuat topeng kemerdekaan
  • Larian Jalur Gemilang
  • Tayangan Video " Kanang Anak Langkau" ( The Iban Warrior )
  • Pertandingan Syarahan Patriotik "Tema : Perdana Menteri Malaysia"
  • Majlis Penutup Penyampaian Hadiah                                                                                                                                 





Nyanyian Lagu Merdeka








Pertandingan mewarna poster dan membuat  topeng kemerdekaan











Larian Jalur Gemilang






Tayangan Video "Kanang Anak Langkau : The Iban Warrior"







 
Pertandingan Syarahan Patriotik 
Tema : Perdana Menteri Malaysia






Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah