Saturday 16 April 2016

MTAQ NEGERI 2016 DI SMK MAMBAU


12 APRIL 2016

Pada tahun ini, SMK Mambau telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) Pendidikan Khas peringat Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis ini telah berlangsung pada 12 April 2016 (Selasa) di SMK Mambau.

Selaku tuan rumah pertandingan MTAQ Pendidikan Khas ini, PPKI SMK Mambau yang diterajui oleh PK Pendidikan Khas, Cik Hajah Rahimah binti Shamsuddin telah melakukan yang terbaik untuk MTAQ Pendidikan Khas peringkat daerah ini. Kami telah bertungkus lumus menyiapkan beberapa tempat pertandingan untuk memberikan keselesaan kepada peserta pada hari pertandingan. 

Selaku tuan rumah, persiapan tempat menjadi keutamaan kami. Selain daripada itu, kerjasama daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seremban dan semua guru PPKI daerah Seremban turut kami dahului ucapan terima kasih dalam menjayakan pertandingan MTAQ Pendidikan Khas peringkat Negeri ini. 

Majlis MTAQ Pendidikan Khas peringkat Negeri telah mempertandingkat pelbagai acara seperti Tilawah Al-quran, Hafazan, Bercerita dan nasyid. Kesemua peserta yang menyertai pertandingan ini merupakan johan bagi setiap kategori dalam pertandingan MTAQ Pendidikan Khas peringkat Daerah. Manakala, pemenang bagi pertandingan MTAQ Pendidikan Khas peringkat Negeri akan mewakili Negeri Sembilan di peringkat Kebangsaan di Melaka.

Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat Negeri ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Tuan Mohamad Nek Ezar bin Ismail. Alhamdulilah, majlis telah dapat dijalankan dengan meriah serta jayanya. Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan  di SMK Mambau.





















No comments:

Post a Comment