20 November 2015
Hari Anugerah Kualiti PPKI SMK Mambau telah diadakan di Teratai Seafood Restaurant, Seremban 2. Matlamat
Hari Anugerah Kualiti adalah untuk
memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan para
murid Pendidikan Khas, para pendidik Pendidikan Khas dan ibu bapa di atas
tanggungjawab dan keprihatinan yang telah ditunjukkan. Kesungguhan para murid,
perjuangan guru-guru dan keprihatinan ibu bapa patut dihargai atas usaha mereka
untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara
Malaysia.
Tetamu VIP yang telah hadir ialah Ketua Sektor Pendidikan Khas, Encik Nek Ezar Bin Ismail..Pegawai PPD Daerah Seremban, Encik Azmir Bin Majid, dan YDP PIBG SMK Mambau, Encik Jafri Bin Muskiman.
Terdapat pelbagai acara yang telah disusun oleh jawatankuasa kerja sepanjang majlis berlangsung antaranya majlis makan mlm, penyampaian anugerah, sambutan hari jadi dan cabutan bertuah...semua berasa sangat gembira semasa majlis dijalankan....
PPKI SMK Mambau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan Hari Anugerah Kualiti PPKI SMK Mambau 2015....
Friday, 27 November 2015
Tuesday, 3 November 2015
PROGRAM KEMAHIRAN INTEGRASI-PASUKAN UNIFORM PPKI
27-28 OKTOBER 2015
Program Pertandingan Kemahiran Intergrasi – Pasukan
Uniform adalah sebahagian daripada program yang dibiayai sepenuhnya Bahagian
Pendidikan Khas,KPM yang perlu dilaksanakan oleh Program Pendidikan Khas Intergrasi
PPKI SMK Mambau.
SELASA - 27 OKTOBER.2015
08.00 am Pendaftaran
Taklimat ( Ketua Program )
Pembahagian
kumpulan
08.15am Taklimat dan Tunjukcara Mendirikan
Khemah
09.30 am Minum
pagi
10.00 am Taklimat dan Tunjukcara Membuat Ikatan
& Simpulan
11.15 am Taklimat dan Tunjukcara Membuat
Gajet
12.30 am Bersurai
RABU - 28
OKTOBER 2015
08.10 am Persiapan Pertandingan
08.15am Pertandingan Mendirikan Khemah
09.00 am Minum
pagi
09.30 am Pertandingan Membuat Ikatan dan
Simpulan
11.15 am Pertandingan Membuat Gajet
12.30 pm Acara penutup dan penyampaian hadiah
Diharapkan perlaksanaan program ini memberi kesan positif kepada murid dalam
hidup berdikari dan menikmati kehidupan seperti murid biasa yang lain.
Diharapkan juga dengan adanya perkhemahan ini, murid akan menjadi lebih cergas
dan cerdas dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa akan
datang.meningkatkan keupayaan dengan sempurna dalam kehidupan seharian mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)