Program Pendidikan khas Integrasi telah bertapak di SMK Mambau
bermula 3 Januari 2008. Kelas ini telah dibuka oleh Puan Norhayati Mohamed.
Pada permulaannya kelas ini dibuka mempunyai sebuah kelas dengan 7 orang
pelajar. Pertambahan pelajar dan guru telah menjadi jumlah keseluruhannya 9
orang pelajar dan orang guru pada bulan
Febuari. Pada bulan April, kelas telah menambah lagi seorang lagi pelajar dan
pada bulan Mei pihak sekolah telah menerima seorang Pembantu pengurusan Murid
untuk membantu di PPKI. Pada bulan Oktober juga kami menerima lagi 3 orang
pelajar baru dan jumlah keseluruhannya 12 orang pelajar, 2 orang guru dan
seorang pembantu menjelang hujung tahun persekolahan.
Kemasukkan pelajar ke kelas PPKI
perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan iaitu pelajar perlu menjalani
pemeriksaan doktor pakar. Apabila doktor pakar telah mengesahkan bahawa murid
tersebut mengalami masalah pembelajaran dan perlu ditempatkan ke kelas khas,
maka penempatan akan dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri di sekolah yang
bersesuaian. Kemudian murid berkenaan boleh mengikuti pendidikan khas di kelas
yang disediakan. Kanak-kanak ini akan berada di sekolah rendah sehingga berumur
13 tahun. Manakala pelajar yang akan berada di sekolah menengah sehingga
berumur 19 tahun. Pendidikan Khas ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak
mengurus diri untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Hasil keperihatinan pihak pentadbir
sekolah, guru, pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan masyarakat sekeliling sebuah
kelas dapat diwujudkan untuk kemudahan pengajarandan pembelajaran bagi
memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang sewajarnya. Sebagai sebuah
program yang baru dibuka maka banyak lagi aspek yang perlu diambil kira untuk
dilengkapkan dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment