11 /1 /2023 , Rabu
Eagle Ranch Port Dickson....
Program pertama di tahun baru 2023...
Seawal jam 7.30 pagi, semua murid bersarapan (nasi lemak) di sekolah. Sarapan pagi ini ditaja oleh Cikgu Abdul Jelani (PK) @ Cikgu Jai. Terima kasih Cikgu Jai dan semoga dimurahkan rezeki buat Cikgu sekeluarga.
Lebih kurang jam 8.15 pagi, kami semua bergerak ke destinasi dengan menaiki bas.
Hazim Aiman mengetuai bacaan doa sebelum menaiki bas. |
Alhamdulillah, perjalanan lancar dengan izin Allah walaupum hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami.
Tepat jam 9.00 pagi kami tiba di Eagle Ranch Port Dickson...
Tiba di Eagle Ranch |
Taklimat dan pembahagian murid mengikut kategori. |
Berjalan kaki menuju ke tempat aktiviti iaitu obstacle course |
Kami disambut oleh En Azami (bertopi) dan En Adam (belakang) yang akan membimbing murid-murid semasa aktiviti obstacles course. |
Terdapat 21 halangan yang ada di sini, tetapi kami akan memilih halangan yang dirasakan sesuai dengan tahap murid-murid kami sahaja demi keselamatan..
Sepanjang aktiviti ini, murid-murid dipantau sepenuhnya oleh guru-guru dan PPM.
En Azami memberikan penerangan dan En Adam tunjuk demonstrasi terlebih dahulu sebelum murid-murid melakukan aktiviti di setiap halangan.
Aktiviti memanaskan badan |
Dari kiri Pn Khamisah, Pn Farawahida, Cikgu Abdul Jelani (PK), Cikgu Nanthamalar, Cikgu Azlina, Cikgu Shahina Ashikeen, Cikgu Malini, Cikgu Nuraisyah, Cikgu Margaret Ann dan Cikgu Azean. |
Curi sedikit masa bergambar di tepi pantai sebelum ke aktiviti yang seterusnya... |
Tapi sebelum tu, alas perut dulu dengan sandwich, kuih dan air yang disediakan oleh pihak Eagle Ranch..
Alhamdulillah..dapat mengurangkan sedikit kelaparan dan menghilangkan kehausan sebelum "beraksi" dengan aktiviti paintball.
Taklimat tentang cara penggunaan paintball marker atau paintball gun |
Paintball marker ini adalah peralatan yang paling utama. Marker ini memiliki loader/hopper yang merupakan tempat / simpanan peluru cat (pallet) serta sebuah tabung gas bertekanan tinggi sekitar 4500 Psi. Marker ini juga dilengkapi kunci pengaman / lock untuk mencegah hal-hal yang tidak diingini.
Ia bukanlah senapang, pistol atau machine gun. Dilarang panggil dengan nama yang demikian bagi mengelakkan orang tersalah anggap bahawa ia senjata api.
Majlis penyampaian hadiah kepada peserta terbaik program. |
Tahniah Hema |
Tahniah Aiman |
Tahniah Ken Fung |
Tahniah Lahveeniya |
Tahniah Adam |
Selesai di Eagle Ranch, kami ke restoran Citarasa Kampung pula untuk makan tengah hari.
Terima kasih buat Pn Fauziah (duduk di tengah) dan suami (berkopiah) yang bermurah hati belanja makan tengah hari buat guru-guru dan anak-anak PPKI. Semoga dimurahkan rezeki buat Puan sekeluarga. |
Bertolak pulang ke sekolah. |
Lebih kurang jam 2.00 petang kami menaiki bas pulang ke sekolah dan sampai di sekolah pada pukul 2.30 petang.
Alhamdulillah....aktiviti pada hari ini berjalan lancar.
Satu pengalaman baru buat anak-anak PPKI.
Tahniah buat semua anak-anak yang sangat bersemangat dan memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang program hari ini.
Semua video di sunting oleh Pn Khamisah...Tq 💓💓💓💓💓💓💓💓💓