Friday, 29 October 2021

KARNIVAL e-MAHABBAH PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

         TAHNIAH!!! kepada Jethro Chan Jian Zhi wakil untuk Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Peringkat Kebangsaan ini Jethro Chan Jian Zhi telah mendapat tempat ke-4 bagi acara e-Deklamasi Sajak (L). 










RAKAN-RAKAN SERTA GURU-GURU DAN PPM BERSAMA-SAMA MENONTON PENGUMUMAN KEPUTUSAN e-MAHBBAH PERINGKAT KEBANGSAAN





Thursday, 21 October 2021

PROGRAM VAKSINASI

     Penjelasan mengenai vaksin COVID-19 harus diberikan kepada remaja atau murid sekolah secara berterusan supaya mereka lebih prihatin tentang pencegahan penyakit dalam mengekang penularan wabak berkenaan terhadap golongan itu.

Program Vaksin Covid-19 adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak untuk memastikan warga sekolah bagi mengawal penularan Covid-19. Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan maklumat tentang punca dan bahaya virus Covid-19 serta manfaat pengambilan suntikan Vaksin Covid-19 dapat mencapai imunisasi komuniti kelompok.

Program Suntikan Vaksin Covid-19 ini merupakan program yang dirancang khas untuk memastikan semua murid menerima suntikan lengkap sebelum sekolah dibuka. Semoga program yang dijalankan ini akan dapat memberi kesedaran kepada semua murid tentang kepentingan mengambil Vaksin Covid-19 di samping mengawal penularan penyakit Covid-19 dalam kalangan murid sekolah kerana pencegahan penularan penyakit Covid-19 ini adalah tanggungjawab kita bersama.



DOS PERTAMA 










































DOS KEDUA