Mana tak meriahnya..minggu terakhir bulan Januari yang bermula 28 Januari (Isnin) hingga 1 Februari (Jumaat) ni boleh dikatakan setiap hari ada program.
Haaa...itulah meriahnya PPKI SMK Mambau.
28 Januari 2019 (Isnin)
Penyerahan Watikah Pelantikan Badan Pengawas SMK Mambau 2019 telah diadakan semasa perhimpunan rasmi. Seramai 3 orang pengawas PPKI telah dilantik bagi tahun 2019. Penyampaian watikah ini telah disempurnakan oleh ASP Aznira Shatilla Binti Azminudin dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2.
3 orang pengawas PPKI yang menerima watikah ini ialah Ahmad Syaili Bin Shahruddin, Rumithiira A/P Veeramany dan Jethro Chan Jian Zhi.
Ahmad Syazili Bin Shahruddin |
Rumithiira A/P Veeramany |
Jethro Chan Jian Zhi |
Lafaz ikrar pengawas SMK Mambau 2019 |
Barisan pengawas SMK Mambau Tahun 2019 |
Tahniah diucapkan kepada Syazili, Jethro dan Rumi....Semoga mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dan menjadi contoh yang baik kepada rakan yang lain.
29 Januari 2019 (Selasa)
Sukantara PPKI telah dijalankan bermula jam 7.30 pagi dan tamat jam 10.30 pagi. Sukantara bermula dengan sedikit taklimat daripada Cikgu Azean dan murid terus dibahagi mengikut rumah sukan masing-masing. Hanya 3 acara sahaja dijalankan iaitu 100m, lompat jauh dan lontar peluru.
Semua murid diberi peluang bagi setiap acara.
Pada masa yang sama, iaitu pada tarikh 28hb hingga 29hb Januari, di Kem Pusako Batu Kikir, 3 orang murid PPKI SMK Mambau telah mengikuti Program Talent Identification Development (TID) - Kenu Pendidikan Khas. Murid-murid yang mengikuti program ini ialah :
1. Muhammad Hafiz Bin Zairul
2. Hema Loshiniii A/P Veeramany
3. Fatin Alyaa Binti Mohd Nizar
1. Muhammad Hafiz Bin Zairul
2. Hema Loshiniii A/P Veeramany
3. Fatin Alyaa Binti Mohd Nizar
Hema Loshinii dan Fatin Alyaa yang berbaju ungu. |
Muhammad Hafiz yang berbaju hijau. |
Alhamdulillah.. Hema Loshinii dan Fatin Alyaa tersenarai dikalangan 6 peserta terbaik dan ini melayakkan mereka untuk pemilihan yang seterusnya. TAHNIAH! Peserta dari PPKI SMK Mambau memang hebat.
30 Januari 2019 (Rabu)
Penjualan barangan kitar semula.......
Seperti tahun-tahun yang lalu, Program Kitar Semula pada tahun ini tetap diteruskan oleh Cikgu Margaret Ann ..
31 Januari 2019 (Khamis)
Operasi spot check kali pertama bagi tahun 2019 dijalankan pada waktu pagi iaitu selepas perhimpunan harian di dewan PPKI. Spot check ini termasuklah beg pelajar sekiranya ada barang terlarang yang dibawa ke sekolah dan juga kebersihan dan kekemasan diri pelajar.
Kuku kaki juga perlu pendek dan bersih. |
Si bertuah Goh Fei Yip yang sememangya tak reti potong kuku sendiri. Terima Cikgu Margaret Ann sudi tolong potongkan. |
Cikgu Margaret Ann membuat demonstrasi dan menunjuk ajar cara mencuci stoking dengan betul. |
1 Februari 2019 (Jumaat)
Hari terakhir persekolahan sebelum bercuti seminggu sempena Tahun Baru Cina padat dengan pelbagai aktiviti dari pagi hingga tengah hari.
Bermula jam 8.00 pagi seramai 9 orang murid PPKI terlibat dengan pertandingan kaligrafi di dewan terbuka SMK Mambau dan pada masa yang sama juga 6 orang murid PPKI terlibat dengan Kem Kepimpinan ketua tingkatan di bilik gerakan baru SMK Mambau. Manakala murid PPKI yang lain berada di dalam kelas masing-masing menjalani PdPc seperti biasa.
Murid-murid mendengar penerangan daripada Cikgu Lee Moon Choi sebelum pertandingan bermula. |
Kem Kepimpinanan Ketua Tingkatan di bilik gerakan baru. |
Selepas rehat, iaitu pada jam 9.30 pagi, semua murid PPKI berkumpul di dewan PPKI bagi majlis penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina PPKI SMK Mambau. Di mana ini merupakan program rutin setiap tahun. Pada tahun ini, semua murid Cina PPKI SMK Mambau iaitu seramai 6 orang menerima sumbangan ini.
Cikgu Roslan (PK PPKI) menyampaikan sumbangan kepada Seow Yuen Loong. |
Lee Jia Jun |
Nyon Ken Fung |
Goh Fei Yip |
Wong Siow Wei |
Jethro Chan Jian Zhi |
Semua murid PPKI turut mendapat limau.
Setelah selesai, semua murid bergerak ke dewan terbuka bagi Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah dan penyampaian hadiah bagi pertandingan kaligrafi.
3 orang murid PPKI yang menang dalam pertandingan kaligrafi tersebut iaitu:
1. Tempat pertama - Jethro Chan Jian Zhi
2. Tempat kedua - Jananee A/P Chandran
3. Tempat ketiga - Nurul Farhana bt Joy Dzulkarnain
Tahniah buat ketiga-tiganya...
Jethro Chan Jian Zhi |
Jananee A/P Chandran |
Nurul Farhana Binti Joy Dzulkarnain |
Setiap hari penuh dengan pelbagai aktiviti dan program. Laporan di atas merupakan bukti betapa meriahnya PPKI SMK Mambau pada minggu terakhir Januari ini..
Tahniah dan syabas kepada semua warga PPKI SMK Mambau.
Kami warga PPKI SMK Mambau mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya...GONG XI FA CHAI...