16 Oktober 2015
Wednesday, 21 October 2015
Thursday, 15 October 2015
PDP LUAR BILIK DARJAH KE PULAU PINANG!!
7 Oktober 2015
Satu program PDP Luar Bilik Darjah ke Pulau Pinang telah diadakan oleh PPKI SMK Mambau. Kami telah bertolak daripada SMK Mambau pada jam 6.30 pagi. Perjalanan mengambil masa 6 jam dan kami sampai ke destinasi pada jam 12.30 tgh...setibanya di sana kami telah dibawa ke sebuah restoran oleh pihak WTA Agensi untuk makan tengahari dan menu kami untuk tengahari ini ialah nasi ayam...
Selepas makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Muzium Pulau Pinang..kami dapat melihat sejarah Pulau Pinang dari mula tertubuhnya sehingga hari ini..kami juga dapat melihat kebudayaan dan kesenian Pulau Pinang yang sangat indah.
Selesai menimba pengetahuan dari Muzium Pulau Pinang, kami meneruskan perjalanan lagi ke Muzium P.Ramlee...kami berasa sangat teruja untuk ke sana kerana P.Ramlee merupakan seniman termasyhur...setibanya di sana kami dapat melihat rumah dimana P.Ramlee dilahirkan dan dibesarkan. Selain itu kami juga dapat melihat pameran mengenai kehidupan P.Ramlee sepanjang beliau menjadi anak seni.
Selepas itu, kami dibawa ke Penang Street...kami telah dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan diketuai oleh guru-guru..di Penang Street kami dapat melihat hasil seni jalanan yang sangat unik..kami terpesona dengan lukisan-lukisan mural di dinding bangunan di sekitar Penang Street itu..
Pengembaraan kami tamat pada hari yang pertama ini selepas makan malam dan kami telah berehat di Anggerik Lodge...
8 Oktober 2015
Cuaca hari ini sangat cerah...kami tidak sabar meneruskan perjalanan mengembara Pulau Pinang ini...selepas makan pagi,kami dibawa ke Bukit Bendera..kami tidak sabar untuk menaiki kereta kabel untuk ke puncak untuk melihat keindahan pemandangan di sana...pengalaman menaiki kereta kabel merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan...

Thursday, 1 October 2015
Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2015
30 September 2015
Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di SMK Dato Mohd Taha. Terdapat beberapa pertandingan yang telah dipertandingkan antaranya ialah pertandingan gubahan sirih junjung, pertandingan masakan barat, pertandingan masakan tradisional, pertandingan pertukangan kayu dan pertandingan pemasangan elektrik fasa 1.
Murid PPKI SMK Mambau telah terlibat di dalam beberapa acara pertandingan dan telah membawa beberapa kejayaan yang membanggakan.
- Tempat Kedua Pertandingan Masakan Barat
- Muhammad Zairi Bin Mokhtar
- Muhammad Daniel Haiqal Bin Hamdan
- Tempat Ketiga Pertandingan Elektrik Fasa 1
- Muhammad Syafiq Hakim Bin Md Hanifah
Subscribe to:
Posts (Atom)