Mesyuarat badan
kebajikan 1/2013 telah diadakan di Bilik Bengkel Pusat Kegiatan Guru Mambau.
Mesyuarat ini diadakan diantara warga PPKI dan ibu-bapa pelajar PPKI SMK
Mambau. Beberapa agenda penting seperti takwim 2013,aktiviti tahunan,dan
kedudukan kewangan kebajikan dibentangkan di dalam mesyuarat ini.
Selain itu juga,
warga PPKI menjemput wakil daripada
Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan untuk membuat sedikit penerangan
mengenai program-program yang ditawarkan pihak mereka. Penerangan yang dibuat
ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang halatuju pelajar-pelajar OKU
selepas mereka tamat program pendidikan khas di SMK Mambau.