Saturday 24 June 2023

Majlis Jamuan Persaraan Cikgu Azlina Bersama Warga PPKI SMK Mambau

 23 JUN 2023,

Dewan PPKI SMK Mambau

Cuaca mendung di pagi hari, seolah-olah turut sama beremosi...

Kehilangan demi kehilangan berlaku di PPKI SMK Mambau..

PPKI SMK Mambau akan kehilangan seorang guru Pendidikan Khas yang sangat prihatin dan penyayang iaitu Cikgu Azlina binti Hang Tuah.

Cikgu Azlina mempunyai sifat keibuan yang terserlah namun tegas dalam mendidik anak-anak PPKI SMK Mambau ini. Hilangnya yang tiada ganti...

Namun memori terindah sepanjang bersama kami di sini sentiasa terpahat di hati.


Kain berlipat dalam istana,

Pakaian puteri raja kayangan,

Sepatah nasihat kami terima,

Secubit budi jadi kenangan.


Ketibaan yang diraikan Cikgu Azlina binti Hang Tuah. Serba merah hari ni.


Selempang dipakaikan oleh Cikgu Malini, setiausaha pentadbiran PPKI

Cikgu Hafiszi selaku pengacara majlis

Bacaan doa


Wajah yang akan kami rindui...

Ucapan oleh Cikgu Azean bin Abdullah, pemangku Penolong Kanan Pendidikan Khas.


Ucapan yang diraikan, Cikgu Azlina binti Hang Tuah

Airmata seorang guru...Moga anak-anak ingat segala pesanan dan kata-kata nasihat daripada Cikgu Azlina.




Wakil ucapan murid disampaikan oleh Jaya Prakash.

Deklamasi sajak oleh Hema Loshinii

Deklamasi sajak oleh Evangel.

Upacara memotong kek.


Hadiah daripada murid-murid PPKI disampaikan oleh wakil murid, Jaya Prakash.

Hema Loshinii menyampaikan kad ucapan gergasi daripada warga PPKI SMK Mambau buat Cikgu Azlina.


Hadiah daripada Hazimin buat Cikgu Azlina

Hadiah daripada Lahveeniya buat cikgu tersayang

Hadiah daripada Syamim

Hadiah daripada Zahra

Hadiah daripada Fatin Alyaa

Cikgu Azlina juga ada hadiah buat warga PPKI ...(murid, guru dan PPM)

Terima kasih Cikgu Azlina...





















Penyampaian kad ucapan oleh murid-murid PPKI buat cikgu kesayangan mereka.

Panevsha

Sarvina

Brittany

Evangel

Zahra

Fatin

Adam

Ah Yeong

Azhad

Rahmat

Syamim

Qayyum

Lee Jia Jun

Aiman

Jaya

Hakimi

Ashwad

Hazimin

Taufiq

Jamuan makan....








SESI BERGAMBAR






Bersama guru-guru dan PPM






Persembahan nyanyian oleh Cikgu Hafiszi buat Cikgu Azlina.




Mantap Cikgu Hafiszi....



SELAMAT BERSARA CIKGU AZLINA, KAMI WARGA PPKI SMK MAMBAU MENDOAKAN SEMOGA CIKGU TERUS DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN, CERIA, BAHAGIA MENITI ALAM PERSARAAN.

TERIMA KASIH ATAS TUNJUK AJAR DAN DIDIKAN YANG CIKGU BERIKAN KEPADA KAMI SELAMA INI. 
MOHON HALALKAN SEGALANYA.

JANGAN LUPA JENGUK KAMI DI SINI.
MOGA UKHUWAH TERUS BERKEKALAN.

KAMI SAYANG CIKGU!!

Mengait rambutan menggunakan galah, 
Disimpan bersama buah berangan,
Walau sezarah silap dan salah,
Harap dimaafkan disimpan jangan.

Pohon mempelam lebat berbuah,
Gugur sebiji di tepi tangga,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Allah bertemu juga.


Suntingan video di bawah oleh Puan Khamisah